Friday, November 19, 2010

Din Beramboi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah,lagi Maha Penyayang.
Tajuk entri kali ni,nak cerita tentang insan bernama Meor rahimallahu (Din Beramboi).
Untuk beberapa hari yang berlalu,boleh dikatakan agak kerap jugak aku menontan klip video mengenai beliau terutamanya lawak beliau walaupun video klip tersebut aku dah tengok berulang-ulang kali.

Perasaan bercampur baur ,sedih dan suka.
Ntah apa-apa ntah aku ni,,tapi tak kira jugak. Luah tetap luah. Sebagai latihan untuk diri aku. Sememangnya aku kurang mahir untuk meluahkan apa yang bergolak dalam minda dan emosi aku nih.

Berbalik tentang Din Beramboi,pada mulanya aku kurang gemar dengan dendangan lawak jenakanya SEBAB,aku agak berjiwa 'skema' pada waktu itu,boleh dikatakan agak jumud sikit,sgala apa jua bentuk yang dapat ditafsirkan dalam minda aku,hanyalah sekadar saja,tanpa pengamatan dan penilaian yang sepatutnya (pun xdpt nk ditafsirkan ). Teringat lirik lagu ni ha," angguk2 geleng2 tunduk2,ikut telunjuk." mcm tu la bunyinya.
Tapi disebabkan kebelakangan ni,aku rasa sedih dan gembira tentang arwah Meor. Aku gembira kerana lawaknya yang cukup spontan. Sedih kerana aku sendiri pun xtahu...(huhuhu) barangkali aku teringin nak dengar lawak terkini daripada dia.

Apa yang pasti,niat En Meor untuk menghiburkan kita , amat dihargai ...
Aku teringat apa yang Aznil beritahu kpd pihak media mengenai arwah Meor, " Dia cuma nak kita gembira,sebab berendam dengan kesihan tak akan kemana" mcm tu la bunyinya. Tapi,niat baiknya sesetangah orang tak dapat terima,biasalah...bak kata Dr Solehah" Hakaza Hayah" maksudnya : begitulah kehidupan...ada yang suka,tak suka. Memang ada pro dan kontra.

Kesimpulanya, aku ni kangen bangat nak dengar lawak dari Arwah Meor a.k.a Din.
Sebelum tu,
sedeqahkan Al-Fatihah buat En Meor.
Wassalamu'alaikum.

0 comments:

Post a Comment