Friday, November 19, 2010

Abuyat & Acicik

Abuyat
Nama penuh: Bulat
No.Kad Pengenalan: DIBATALKAN
Alamat : Rumah kakak saya,50634,Kuala Lumpur.

Acicik
Nama penuh: Kecik
No.Kad Pengenalan: DIBATALKAN
Alamat : Rumah kakak saya,50634,Kuala Lumpur.

Kakak sayang sangat sama kalian berdua, doakan kakak dan keluarga serta muslimin dan muslimat semoga bahagia hingga ke syuga ya....

Din Beramboi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah,lagi Maha Penyayang.
Tajuk entri kali ni,nak cerita tentang insan bernama Meor rahimallahu (Din Beramboi).
Untuk beberapa hari yang berlalu,boleh dikatakan agak kerap jugak aku menontan klip video mengenai beliau terutamanya lawak beliau walaupun video klip tersebut aku dah tengok berulang-ulang kali.

Perasaan bercampur baur ,sedih dan suka.
Ntah apa-apa ntah aku ni,,tapi tak kira jugak. Luah tetap luah. Sebagai latihan untuk diri aku. Sememangnya aku kurang mahir untuk meluahkan apa yang bergolak dalam minda dan emosi aku nih.

Berbalik tentang Din Beramboi,pada mulanya aku kurang gemar dengan dendangan lawak jenakanya SEBAB,aku agak berjiwa 'skema' pada waktu itu,boleh dikatakan agak jumud sikit,sgala apa jua bentuk yang dapat ditafsirkan dalam minda aku,hanyalah sekadar saja,tanpa pengamatan dan penilaian yang sepatutnya (pun xdpt nk ditafsirkan ). Teringat lirik lagu ni ha," angguk2 geleng2 tunduk2,ikut telunjuk." mcm tu la bunyinya.
Tapi disebabkan kebelakangan ni,aku rasa sedih dan gembira tentang arwah Meor. Aku gembira kerana lawaknya yang cukup spontan. Sedih kerana aku sendiri pun xtahu...(huhuhu) barangkali aku teringin nak dengar lawak terkini daripada dia.

Apa yang pasti,niat En Meor untuk menghiburkan kita , amat dihargai ...
Aku teringat apa yang Aznil beritahu kpd pihak media mengenai arwah Meor, " Dia cuma nak kita gembira,sebab berendam dengan kesihan tak akan kemana" mcm tu la bunyinya. Tapi,niat baiknya sesetangah orang tak dapat terima,biasalah...bak kata Dr Solehah" Hakaza Hayah" maksudnya : begitulah kehidupan...ada yang suka,tak suka. Memang ada pro dan kontra.

Kesimpulanya, aku ni kangen bangat nak dengar lawak dari Arwah Meor a.k.a Din.
Sebelum tu,
sedeqahkan Al-Fatihah buat En Meor.
Wassalamu'alaikum.

Wednesday, November 17, 2010

Terima Kasih Ainul

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah,masih lagi dikurniakan nikmat yang tak henti-henti selama mana jasadku ini bernafas.

Entry kali ini ditujukan khas buat Ainul...
Kenapa?
Ruh 'sahabat' yang Ainul miliki
Mudah sekali tersentuh dengan pkembangan setiap kwn2 dia...

Baru-baru ni,Ainul ada bagi Kain Ela,warna hijau, diterbangkan daripada India. Bagi aku,satu pemberian yang cukup istimewa bukan disebabkan kain ela itu daripada India, TAPI,
tanda dia ingat kat aku nih.
Aku cukup menghargainya...
Cuma aku sahaja yang x menghargai persahabatan yg Allah kurniakan.
"Berlian ad depan mata,Kaca jugak yang aku pilih"...huhuhu....
Bila Allah tarik balik nikmat sahabat yang dikurniakan dlm diri, baru akal mula menuding yang bukan2...last2..keliru.

Apa-apa pun,Ainul jazakillah bikhoir...
Mintak maaf ye sebab gagal ataupun kureng bertanggungjawab bersahabat dengan Ainul....
tapi apa yang pasti didoa'kan agar semua sahabat2 Ainul termasuk aku bertautan hatinya Lillahi Ta'ala.