Saturday, August 28, 2010

Alkisah Si Kancil dgn Tayar BOTAKNYA...

Assalamu'alaikum...
Alkisah kali ini membawa anda menyelesuri,memahami dan menghayati pengorbanan,ketabahan,kekuatan sebuah benda yang dinamakan Si Kancil dengan Tayar BOTAKNYA.
Meskipun tayarnya agak membotakkan,
Namun,
Penumpang tetap akan rasa selesa dan tanpa rasa tertekan.
Sebaliknya,
Pemandu merasakan seolah-olah tayar botak itu macam dah 'haus'
Dalam erti kata yang lain, tayar tidak ada,yang tinggal hanyalah 'Sport Rim' cuma.....!!!!
Meskipun Si Kancil dangan Tayar BOTAKNYA,itu tidak menjadi batu/gunung penghalang untuk ia bergerak bebas selama mana Tayar BOTAKNYA belum sampai masa menjadi 'Sport Rim'.

Sabtu,28 Ogos 2010,Universiti Malaya (UM) : Satu kejadian yang cukup menyakitkan dan memarahkan telah berlaku terhadap Si Kancil dgn Tayar BOTAKNYA dan juga Pemiliknya. Apakah puncanya? Ayuh,sama -sama kita ikuti laporan temubual eksklusif di 'Edisi Siasat' hanya di TVANDA.
Penyoal : Apa yang dah terjadi?
Mangsa : Nasi menjadi bubur .....huhu..
Penyoal : Owh....kasihan..Bagaimana dengan keadaan kereta Encik?
Mangsa : Keadaanya begitu menyayat hati dan sanubari saya...sob..sob...
Penyoal : Boleh ceritakan apa yang da jadi?
Mangsa : Semalam,jam 10 malam,saya sedang bergembira dan bersiar-siar dengan Si Kancil dgn Tayar BOTAKNYA di kawasan UM. Sob...sob...Kemudian,tanpa kami sedari,ada pihak yang begitu mencemburui kegembiraan kami. Sedang kami asyik bergembira sambil bersiar-siar...tiba-tiba...
kebahagiaan kami DIRAGUT&DIRAMPAS oleh sang Perampas a.k.a BUMPER MAUT!!!
Kehadiran Sang Perampas itu sama sekali tidak disedari oleh kami memandangkan TIADA papan tanda mengenai kewujudan BUMPER MAUT itu. Tidak semena-mena, Sang Kancil degan Tayar BOTAKNYA telah melanggar BUMPER MAUT itu secara tidak sengaja, dan kejadian ini mengakibatkan kesakitan yang sangat sakit kepada Si Kancil dgn Tayar BOTAKNYA & Pemilknya.
Penyoal : Lepas tu?
Mangsa : Tidak ada apa-apa yang berlaku,cumanya saya amat takut status Si Kancil dengan Tayar BOTAKNYA akan berubah dan bertukar jadi Si Kancil dengan 'Sport Rim'nya. Sememangnya,saya amat bimbang dan takut sekiranya keadaan itu berlaku. Dan saya amat yakin,Si Kancil dengan Tayar BOTAKNYA sudah tentu tiada kekuatan untuk menerimanya.
Penyoal : Kasihan...Kalau begitu,bersabarlah ya. Baiklah penonton-penonton sekalian,kita berehat dahulu buat seketika,dan ikuti kesudahan Epilog Sedih bersama Si Kancil dengan Tayar BOTAKNYA dalam keluaran yang akan datang hanya di TYANDA.
Dari saya, Yang Suka Menyoal.

Noktah.

1 comments:

Cik Cumi said...

hehe..tergelak plak..

Kancil & Sport Rim...huuhu...

adakah say knl?macam kenal...huhu
fasehati....

Post a Comment