Assalamu'alaikum...
Alkisah kali ini membawa anda menyelesuri,memahami dan menghayati pengorbanan,ketabahan,kekuatan sebuah benda yang dinamakan Si Kancil dengan Tayar BOTAKNYA.
Meskipun tayarnya agak membotakkan,
Namun,
Penumpang tetap akan rasa selesa dan tanpa rasa tertekan.
Sebaliknya,
Pemandu merasakan seolah-olah tayar botak itu macam dah 'haus'
Dalam erti kata yang lain, tayar tidak ada,yang tinggal hanyalah 'Sport Rim' cuma.....!!!!
Meskipun Si Kancil dangan Tayar BOTAKNYA,itu tidak menjadi batu/gunung penghalang untuk ia bergerak bebas selama mana Tayar BOTAKNYA belum sampai masa menjadi 'Sport Rim'.
Sabtu,28 Ogos 2010,Universiti Malaya (UM) : Satu kejadian yang cukup menyakitkan dan memarahkan telah berlaku terhadap Si Kancil dgn Tayar BOTAKNYA dan juga Pemiliknya. Apakah puncanya? Ayuh,sama -sama kita ikuti laporan temubual eksklusif di 'Edisi Siasat' hanya di TVANDA.
Penyoal : Apa yang dah terjadi?
Mangsa : Nasi menjadi bubur .....huhu..
Penyoal : Owh....kasihan..Bagaimana dengan keadaan kereta Encik?
Mangsa : Keadaanya begitu menyayat hati dan sanubari saya...sob..sob...
Penyoal : Boleh ceritakan apa yang da jadi?
Mangsa : Semalam,jam 10 malam,saya sedang bergembira dan bersiar-siar dengan Si Kancil dgn Tayar BOTAKNYA di kawasan UM. Sob...sob...Kemudian,tanpa kami sedari,ada pihak yang begitu mencemburui kegembiraan kami. Sedang kami asyik bergembira sambil bersiar-siar...tiba-tiba...
kebahagiaan kami DIRAGUT&DIRAMPAS oleh sang Perampas a.k.a BUMPER MAUT!!!
Kehadiran Sang Perampas itu sama sekali tidak disedari oleh kami memandangkan TIADA papan tanda mengenai kewujudan BUMPER MAUT itu. Tidak semena-mena, Sang Kancil degan Tayar BOTAKNYA telah melanggar BUMPER MAUT itu secara tidak sengaja, dan kejadian ini mengakibatkan kesakitan yang sangat sakit kepada Si Kancil dgn Tayar BOTAKNYA & Pemilknya.
Penyoal : Lepas tu?
Mangsa : Tidak ada apa-apa yang berlaku,cumanya saya amat takut status Si Kancil dengan Tayar BOTAKNYA akan berubah dan bertukar jadi Si Kancil dengan 'Sport Rim'nya. Sememangnya,saya amat bimbang dan takut sekiranya keadaan itu berlaku. Dan saya amat yakin,Si Kancil dengan Tayar BOTAKNYA sudah tentu tiada kekuatan untuk menerimanya.
Penyoal : Kasihan...Kalau begitu,bersabarlah ya. Baiklah penonton-penonton sekalian,kita berehat dahulu buat seketika,dan ikuti kesudahan Epilog Sedih bersama Si Kancil dengan Tayar BOTAKNYA dalam keluaran yang akan datang hanya di TYANDA.
Dari saya, Yang Suka Menyoal.
Noktah.
Saturday, August 28, 2010
Friday, August 27, 2010
Bagaimanakah?
Assalamu'alaikum dan slamat pagi ye kepada anda ..
waahh...bersopan sungguh daku di pagi hari....
Sebenanrnya begini,
-bagaimanakah untuk kesana?
-bagaimanakah elemen penting untuk kesana?
-bagaimanakah penyelesaian untuk ke sana?
-bagaimanakah jalan terbaik untuk ke sana?
-bagaimanakah kaedah untuk ke sana?
Hmmm...
kelu untuk dinukilkan...tahap serabut semakin meningkat dengan cepat...
memikirkan cara terbaik untuk kesana...sedangkan masa berjalan dengan waktunya tanpa sebarang penantian walaupun sesaat. Kali ini,agak mencabar untuk aku menggapai ke sana dengan sempurna.
Sememangnya,kekhilafanku yang mengakibatkan sebegini rupa. Maka,ia sering tertunda tanpa mempedulikan masa yang berjalan dengan waktunya.
Memang keliru,
Jap,mata ak da berat. Nanti sambung lg...

Thursday, August 26, 2010
To KNOW and To BELIEVE
Entry kali ni berkenaan To KNOW and To BELIEVE.
Nampak mudah,tapi cuba kalau di formulakan macam ni:
To KNOW + To BELIEVE : Mu'minin
To KNOW only : Kafirin.
Sama-sama kita renungkan....
Nampak mudah,tapi cuba kalau di formulakan macam ni:
To KNOW + To BELIEVE : Mu'minin
To KNOW only : Kafirin.
Sama-sama kita renungkan....
Ia SENTIASA disitu...
Hmmm....
Setiap tahun,hari,waktu,dan sewaktu denganya...ia sentiasa disitu.
Tak pernah mengeluh walau sekali...
meskipun diuji dengan teriknya mentari,
meskipun diuji dengan lebatnya hujan mencurah-curah kebumi,
TETAPI...
ia sentiasa disitu.
Hairan...
mereka dan keluarga mereka seolah-olah melupakan kewujudanmu...
mereka dan keluarga mereka seolah-olah lupa akan tanggungjawab mereka terhadapmu...
mereka dan keluarga mereka seolah-olah mensia-siakan mu...
dan Aku,
hanya mampu memandangmu penuh sayu,
tak mampu berkata lidah ku kelu,
jauh sekali cita-citaku untuk memiki dirimu,
kerana
Ia SENTIASA disitu.
Seandainya aku bisa memilikimu,
Ia tidak akan SENTIASA disitu,
Perjalanan hidupmu akan lebih jauh beribu batu,
Seandainya aku bisa memilikimu.
Sajak ini dinukilkan khas untuk "Kereta Myvi yang tak digunakan depan rumah Fellow" :D

Gunting + Ribbon
Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera kepada anda yang secara langsung atau tidak langsung,sengaja atau tidak sengaja,tersinggah,terklik, di laman Teratak Blog ni.
Saya,selaku pemilik Teratak Blog ini,mohon maaf sebab tak dapat dan tak berpeluang menyajikan anda secawan kopi atau teh dengan kuih lapis dan karipap disebabkan peluang itu sememangnya tiada dan selamanya tidak akan ada. Mohon maaf banyak-banyak ye.. :D
Memandangkan masa berjalan dengan waktunya, saya dengan sukacitanya memaklumkan kepada anda bahawasanya...
Sekarang....
Saat ini.....
Tepat jam 8 pagi.....
Hari Jumaat......
Bersamaan 16 Ramadhan 1431...
Merupakannnn.....
Hari Yang Cukup Bersejarah.....
Bagi saya dan diri saya.....
Kerana.....
TERATAK BLOG kini sepenuhnya Milik Saya dan Diri Saya
Oleh yang demikian...
Dengan lafaz yang mulia...
بسم الله الرحمن الرحيم
merasmikan TERATAK BLOG dengan sukanya....hehe!
Pada saat ini, Gunting+Ribbon saksi dan suspek utama bagi Majlis Perasmian yang julung kali diadakan.
Tanpa membuang masa yang berjalan dengan waktunya,saya nak berehat untuk seketika,sekembalinya nanti menerusi topik perbincangan bual bicara antara Saya & Diri Saya,hanya di Teratak Blog.
Wassalam.

![]() |
| Saksi+Suspek Utama |

Labels:
Majlis Perasmian