Friday, October 15, 2010

Entah Apa-apa..

Kugemar mambaca artikel-artikel yang di'postkan' di blog mereka. Bait kata-kata tersusun dengan penuh makna.Meskipun ringkas,namun padat dengan hikmah.
Tapi aku,hanya mampu merakamkan episod seharian aku tanpa memberi sesuatu yang lebih bermanfaat . Amat menyedihkan.
Walaubagaimanapun,akan kucuba perbaiki kelemahanku.

Friday, October 1, 2010

PLASTIK

Hari: Sabtu
Masa: 9.10 pagi
Lokasi: Kedai Double A IIUM.

Kumulakan langkah kakiku dengan penuh semangat menuju ke kedai potostat yang dinamakan Double A.
Pagi ni,kuharus melangsaikan tugas yang kuterima secara tiba-tiba demi menyelesaikan kekusutan yang telah lama terbenak dan tenggelam dalam otak ku.

Perjalananku dari Mahallah Ruqayyah ke Kedai Double A amatlah dekat dan jauh. Walaubagaimanapun,tugas mesti dilaksanakan agar kekusutan terlerai. Kuberjalan dan berjalan,dan terus berjalan....sehinggalah sampai ke destinasi yang dituju.

Dengan tangkasnya,kuperluaskan langkahku lantas kucapai dan kuheret Tetikus tu kesana dan kesini. Setelah puas kuheret Tetikus itu kesana dan kesini,lalu ku dengan pasti dan yakin menekan butang print. Makanya,TERprintlah dokumen itu.

Selepas kejadian print pront td, kupinta kepada salah seorang daripada mereka yang bekerja di Kedai Double A atau lebih dikenali dengan 'Saudari' atau 'Sis' untuk membuat salinan sebanyak 50 helai. Lalu,saudari itu pun mengambil kertas yang telah kuprint tadi untuk dibuat salinan sebanyak 50 helai.

Kutunggu dengan penuh semangat dan sabar.

Akhirnya siap.
" Semuanya RM3.50 je..." beritahu Saudari itu kepada aku tentang harga salinan sebanyak 50 helai.
"Oo...ok" jawab aku. Lalu kuhulurkan wang kertas .
Sementara menyusun salinan kertas tersebut,,datang lagi seorang lagi pelanggan yang dikenali sebagai 'Saudara atau Bro'. Saudara ni minta salinan sebanyak 5 helai sahaja. Selesai sahaja membuat salinan sebanyak 5 helai,Saudari tadi terus sahaja membungkus atau memasukkan kertas salinan sebanyak 5 helai tadi kedalam plastik.

Yang menjadi isunya,aku cemburu dengan layanan Saudari tadi terhadap aku. Apa tidaknya,salinan yang aku buat sebanyak 50 helai,tapi malangnya Saudari itu tidak memasukkan salinan aku kedalam plastik!...Cemburu tau...Hehehe!
Ini tidak adil,sedangkan Bro tadi hanya buat salinan 5 helai dapat plastik, sedangkan aku sebanyak 50 helai salinan tidak dibaginya...Huhuhu...

Tapi,tak apalah...hal kecil je...terlupa barangkali. Yang aku ni pun bermasalah jugak,sensitif sangat.
Pengajaranya adalah.....Be positive OK...